Wednesday 10 October 2012

MATLAMAT DAN KOMITMEN PENGASAS MAAHAD TAHFIZ DARUL HAFIDZIN

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM

Segenap pujian dipanjatkan ke hadrat yang Esa dan syukur di atas nikmat
iman dan lslam yang dikecapi. Semoga nikmat ini berkekalan sehingga nafas
yang terakhir. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad
S.A.W, ahli keluarga baginda dan para sahabat yang telah berkorban
segalanya demi kalimah Allah. Semoga Allah menempatkan mereka di
tempat yang mulia. Semoga Allah juga redha terhadap kehidupan kita.
Seterusnya membolehkan kita mencapai kejayaan di akhirat kelak.



Dunia masa kini seakan tenggelam dan hanyut di dalam arus kemodenan
yang tidak seimbang dengan pembangunan kerohanian. Di sebalik
kemodenan, masih ramai anggota masyarakat yang ketinggalan dalam ilmu
akhirat. Lebih-lebih lagi ilmu dari Al-Quran yang disahkan sebagai panduan
sepanjang zaman. Tidak terkecuali golongan yang kurang mahir membaca Al-Quran. Keadaan ini sangat lah dikesali.



Atas dasar itu, 
tercetuslah satu usaha bagi menubuhkan sebuah pusat
pengajian khusus untuk mempelajari dan menghafal Al-Quran. 
Pusat ini jugamenyediakan pelbagai ilmu yang lain seiring dengan kehendak lslam dandunia masa kini.



Maahad Tahtiz Darul Hafidzin telah memulakan operasinya pada Mac 20'10
dengan kelas pengajian Al-Quran kepada orang awam dan kelas khusus
kepada pelajar-pelajar perempuan berasrama. 
Terdapat juga kelas untuk mereka yang belum mampu membaca Al-Quran. 
Kelas seperti ini memperkenalkan kaedah yang bersesuaian untuk belajar membaca.
Sementara itu,
pelajar-pelajar yang sudah boleh membaca dengan baik diserapkan ke kelas tahfiz.
Maahad ini menyediakan satu sistem hafazan Al-Quran yang
berkesan untuk diaplikasikan kepada bakal pelajar. Sistem ini telah
pakai oleh para huffaz sejak sekian lama. Terbukti diguna.



Tuntasnya, saya sebagai pengasas Maahad Tahfiz Darul Hafidzin dengan
setulus hati berharap agar maahad ini mampu membangun seperti yang dicita-citakan. 
Semoga ia dapat mendidik dan melahirkan generasi Al-Quran
yang berkebolehan dan berketerampilan dalam semua aspek kehidupan.
Justeru, saya mengharapkan doa dan sokongan orang ramai bagi
memastikan niat murni menegakkan kalam Allah ini berjaya.



Sekian,
Wassalamualaikum....
Mengharap keredaan Allah,
USTAZ ASHAARI HJ MOHD SALLEH AL HAFIZ

Pengasas Maahad Tahfiz Darul Hafidzin

No comments:

Post a Comment