Wednesday 10 October 2012

MAAHAD TAHFIZ DARUL HAFIDZIN MENCARI KEJAYAAN ABADI

MUKADDIMAH
maahad tahfiz darul hafidzin (MTDH) merupakan sebuah institusi
pendidikan dan pangajian hafazan Al-Quran swasta. Rancangan
penubuhannya bertempat di LOT 3151, Jalan Sungai Saim, Kampung
Rantau Panjang, 42100 Klang, Selangor Darul Ehsan. lnstitusi ini akan
didirikan di atas tanah yang berkeluasan setengah ekar yang telah
diwakafkan kepada pihak MTDH.
Matlamat penubuhan MTDH ialah untuk melahirkan generasi yang hafiz Al
Quran, berpengetahuan luas dalam bidang Al-Quran dan akademik serta
berkeperibadian mulia. Oleh itu, program hafazan Al-Quran menjadi teras
pembelajaran di MTDH. Program ini dianggap sebagai satu wadah bagi
menjana rohani dan jasmani yang bertunjangkan syariah islamiah. Tidak
ketinggalan juga ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dengan
keperluan masa kini. Maahad ini akan berusaha membimbing pelajar ke arah
pentarbiyahan agar mereka mampu menjadi pemangkin kepada
kesempurnaan. Sasaran ini bukan sahaja kepada diri mereka sendiri.
Sebaliknya untuk seluruh keluarga dan seterusnya seluruh ummah di
sekitarnya.
Objektif pendidikan MTDH ini tentu sekali untuk melahir para penghafal Al-
Quran yang dianggap sebagai penyambung risalah Rasulullah SAW. lni
bersesuaian dengan Al-Quran itu sendiri yang menjadi petunjuk serta
penyuluh jalan dalam kehidupan. Selain itu, pelbagai cabang ilmu duniawi
juga diajar agar pelajar menjadi insan yang mampu mengurus dan mentadbir
apa jua bidang yang diceburi berpandukan roh islamiah sebagaimana yang
dipancarkan oleh Al-Quran itu sendiri.
SUKATAN PELAJABAN
Sukatan pelajaran yang diguna pakai oleh MTDH ialah seperti berikut:-

1. Pendidikan Hafazan

(i) Tahap Awal
Pelajar dibimbing mengikut kaedah bacaan Al-Quran yang tartil dan
seterusnya menghafal sehingga khatam 30 juzu' (khatam pertarna kali).
Jangkamasa yang disasarkan ialah 2 sehingga 3 tahun.
Pengambilan pelajar dibuat berdasarkan keputusan ujian kelayakan masuk
dengan perhatian khusus kepada sejauh mana kebolehan pelajar membaca
Al-Quran dengan lancar dan tajwid. Potensi menghafal Al-Quran dan minat
dari pelajar itu sendiri juga akan dinilai. Tawaran ini terbuka kepada pelajar
lelaki dan perempuan berumur 10 hingga 13 tahun.

(ii) Tahap Lanjutan (Program Syahadah)
Bagi pelajar-pelajar yang telah khatam halazan 30 juzu' Al-Quran, mereka
akan meneruskan halazan di dalam program syahadah. Melalui program ini
pelajar dikehendaki mengulangi hatazan dengan membaca sebanyak 10 juzu'
Al-Quran dalam masa satu hari di hadapan guru. Secara keseluruhan pelajar
tersebut dimestikan mengkhatamkan 30 juzu' Al-Quran secara halazan
selama tiga hari sambil disemak oleh seorang guru.

2. Pendidikan dan Tarbiyah Diniah (Fardhu Ain)

(i) Berkonsepkan pendidikan dan tarbiyah (fardhu ain) sebagai peneraju
dan pelengkap kepada kesempurnaan akidah, ibadah serta akhlak
islamiah.

(ii) Pelajaran diniah dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu rendah dan
menengah. Sukatan pelajaran diniah berpandukan kepada sukatan
pelajaran agama lslam yang ditetapkan oleh Jabatan Agama lslam
Selangor (JAIS). Sebagai tambahan, kitab-kitab tradisional yang
lazim diguna pakai di sekolah-sekolah pondok turut diperkenalkan.
Sebagai contoh, kitab-kitab tersebut banyak membantu dalam mata
pelajaran nahu dan sorof bagi mereka yang mendalami Bahasa
Arab.

3. Pendidikan Akademik

(i) Sebagai ilmu keperluan semasa yang bertujuan memantapkan lagi
professionalisme para pelajar. lni amat bersesuaian dengan zaman
dan persekitaran. Sehubungan itu, pelajaran akademik turut diberi
perhatian sewajarnya. Kurikulum akademik yang diajar berdasarkan
Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. lni sebagai satu
pendedahan dan persiapan untuk pelajar meneruskan Program
Pendidikan Kebangsaan (PMR, SPM, STAM/STPM). la memberi
galakan dan kemudahan kepada para pelajar untuk meneruskan
pengajian arus perdana serta menduduki peperiksaan awam setelah
menamatkan Program Hafazan / Syahadah.

(ii) Pelajaran akademik dibahagikan kepada peringkat rendah dan
menengah.

No comments:

Post a Comment