Wednesday 10 October 2012

MAAHAD TAHFIZ DARUL HAFIDZIN MENCARI KEJAYAAN ABADI

MUKADDIMAH

MAAHAD TAHFIDZ DARUL HAFIDZIN (MTDH) merupakan sebuah institusi pendidikan
danpangajian hafazan Al-Quran swasta. Rancangan penubuhannya bertempat
di LOT 3151, JalanSungai SaimKampung Rantau Panjang, 42100 Klang, Selangor Darul Ehsan.
lnstitusi ini akan didirikan di atas tanah yang berkeluasan setengah ekar yang telah
diwakafkan kepada pihakMTDH.

Matlamat penubuhan MTDH ialah untuk melahirkan generasi yang hafiz Al-Quran,
berpengetahuan luas dalam bidang Al-Quran dan akademik serta berkeperibadian mulia.
Oleh itu, program hafazan Al-Quran menjadi teras pembelajaran di MTDH.
Program ini dianggap sebagaisatu wadah bagi menjana rohani
dan jasmani yang bertunjangkan syariah islamiah.
Tidak ketinggalan juga ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
bersesuaian dengan keperluan masakini.
Maahad ini akan berusaha membimbing pelajar ke arah
pentarbiyahan agar mereka mampumenjadi pemangkin kepada kesempurnaan.
Sasaran ini bukan sahaja kepada diri mereka sendiri.
Sebaliknya untuk seluruh keluarga dan seterusnya seluruh ummah di sekitarnya.

Objektif pendidikan MTDH ini tentu sekali untuk melahir para penghafal Al-Quran yang
di anggapsebagai penyambung risalah Rasulullah SAW. 
Ini bersesuaian dengan Al-Quran itu sendiri yangmenjadi petunjuk serta
penyuluh jalan dalam kehidupan. Selain itupelbagai cabang ilmu
duniawi juga diajar agar pelajar menjadi insan yang mampu mengurus
dan mentadbir apa jua bidangyang diceburi berpandukan
roh islamiah sebagaimana yang dipancarkan oleh Al-Quran itusendiri.


SUKATAN PELAJARAN

Sukatan pelajaran yang diguna pakai oleh MTDH ialah seperti berikut:-


1. Pendidikan Hafazan

(iTahap Awal

Pelajar dibimbing mengikut kaedah bacaan Al-Quran yang tartil dan seterusnya
menghafalsehingga khatam 30 juzu' (khatam pertarna kali).
Jangkamasa yang disasarkan ialah 2 sehinggatahun.
Pengambilan pelajar dibuat berdasarkan keputusan ujian kelayakan masuk
dengan perhatian khusus kepada sejauh mana kebolehan
pelajar membaca Al-Quran denganlancar dan tajwid.
Potensi menghafal Al-Quran dan minat dari pelajar itu sendiri juga akan dinilai.
Tawaran ini terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan berumur 10 hingga 13 tahun.

(ii) Tahap Lanjutan (Program Syahadah)

Bagi pelajar-pelajar yang telah khatam halazan 30 juzu' Al-Quran,
mereka akan meneruskanhalazan di dalam program syahadah.
Melalui program ini pelajar dikehendaki mengulangi hatazan dengan
membaca sebanyak 10 juzu' Al-Quran dalam masa satu hari
di hadapan guru. Secarakeseluruhan pelajar tersebut dimestikan
mengkhatamkan 30 juzu' Al-Quran secara halazan selama
tiga hari sambil disemak oleh seorang guru.



2. Pendidikan dan Tarbiyah Diniah (Fardhu Ain)

(i)           Berkonsepkan pendidikan dan tarbiyah (fardhu ainsebagai
peneraju
danpelengkap kepada kesempurnaan akidah
badah serta akhlak islamiah.

(ii)      Pelajaran diniah dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu rendah dan menengah.
Sukatan pelajaran diniah berpandukan kepada sukatan
pelajaran agama lslamyang ditetapkan oleh Jabatan Agama lslam
Selangor (JAIS).
Sebagai tambahan,kitab-kitab tradisional yang lazim diguna
pakai di sekolah-sekolah pondok turutdiperkenalkan.
Sebagai contohkitab-kitab tersebut banyak membantu dalam mata
pelajaran nahu dan sorof bagi mereka yang mendalami
Bahasa Arab.



3. Pendidikan Akademik

(i)       Sebagai ilmu keperluan semasa yang bertujuan memantapkan 
agi professionalisme para pelajar.
lni amat bersesuaian dengan zaman danpersekitaranSehubungan itu,
pelajaran akademik turut diberi perhatian sewajarnya.
Kurikulum akademik yang diajar berdasarkan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.
lni sebagai satu pendedahan dan persiapan untuk pelajar
meneruskan Program Pendidikan Kebangsaan
(PMR, SPM, STAM/STPM). la memberi galakan dan kemudahan
kepada para pelajar untukmeneruskan pengajian arus perdana
serta menduduki peperiksaan awam setelah
menamatkan Program Hafazan / Syahadah.

(ii)      Pelajaran akademik dibahagikan kepada peringkat rendah dan menengah.






No comments:

Post a Comment